Saturday 13 April 2013

Membela Salman Rushdie - ‘The Satanic Verses’.


Anwar yang sakit akidahnya ini membela Salman Rushdie, yang telah dikecam hebat malahan diterima ancaman bunuh atas penulisannya itu. Justeru beliau diburu semua pihak terutama umat islam atas kelancangannya dalam penulisan.Sehingga sekarang Salman Rushdie mempunyai pengawal bagi menjaga keselamatannya dari ancaman bunuh. Namun Anwar memilih untuk membela si Salman Rushdie melalui kata2 nya dalam interview di bawah.
Kata Anwar di dalam majalah ASIAWEEK dalam temubual dengan
wartawan Roger Mitton dan tersiar pada 11 November 1993, Anwar berkata:

“Saya telah membaca The Satanic Verses. Bagi saya, beliau adalah seorang karyawan yang amat mendalam pengetahuannya(a profound writer). Saya tidak bersetuju dengan Khomenei mengenai The Satanic Verses. Tetapi ia perlu diberikan penelitian berikut. Pertama, penulisan buku ini merupakan hasil sastera. Kedua, bagi saya apa2 hukuman ke atas seorang pesalah perlulah diputuskan oleh sebuah mahkamah undang2..keputusan seumpama ini amat sukar kerana sekiranya TIDAK ADA KEBEBASAN BERFIKIR,orang ramai akan merasa terugut bilamana mereka menyentuh hal-hal yang
dianggap sensitif”.

Perkara sensitive dlm buku salman rushdie-
1. Salman menulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah
3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
Gila ke apa mamat ni, terang terangan mamat tu menghina Islam dan Rasul saw, nak ke mahkamah apa lagi. Tanya budak tadika pun tau itu adalah penghinaan dahsyat terhadap baginda. Tapi macam biasa Anwar dengan hujah teknikalnya terutama kepada pemberita Barat.
Selain itu ucapan lain anwar membela buku salman rushdie di Indonesia ketika beliau berjumpa dengan Jaringan Liberal Indonesia



Bantahan demi bantahan dibuat kepada Salman Rushdie namun Anwar tetap dengan fahaman Liberalnya menolak dan menunggu keputusan mahkamah untuk mengadili Salman.Entah bila......

Ustaz Ridhuan Mohd Nor Timbalan KP PAS pun menolak dan mengkritik keras Salman Rudhdie di atas kebiadapannya dan mahukan seluruh umat islam menolak penghinaan terhadap Rasul saw.

 
 
Walaupun begitu pada tahun lepas Anwar dijemput oleh IndiaTodayConclave untuk memberi ucapan, namun program tersebut turut dihadiri Salman Rushdie. Seorang panelis Imran Khan telah memboikot program tersebut dan dikatakan bacul oleh Salman Rushdie.
Tapi orang di bawah ini konon mengambil hati dan sentiment rakyat Malaysia yang cintakan ketenangan agama, walaupun kita tahu pendiriannya bukan sebegitu (rujuk interview dan ucapan di Indonesia) membuat tweet di kononnya tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie?
Orang ini tak boleh pakai.Cakapnya tak boleh percaya. Beliau hadir jua ke program itu. Lihat gambar2 di bawah. Adakah Anwar ingin menafikan?Itu bukan muka Anwar tapi itu solekan pelakon lain?
Juga ini link India Conclave today yang mengatakan Anwar hadir pada program tersebut http://conclave.intoday.in/article/dato%E2%80%99-seri-anwar-ibrahim-leader-of-opposition-malaysia/3250/38.html
 


Salman Rushdie

Anwar Ibrahim

Video Anwar Ibrahim menghadiri program tersebut. Mungkin lagi Anwar nak kata perut xsama yang lain semua sama?






Kembali kepada table of contents

No comments:

Post a Comment