Wednesday 17 April 2013

Mengapa menentang Anwar Ibrahim? Bukankah beliau teraniaya?


Blog ini dihasilkan bagi menjadi kompilasi lengkap tentang Anwar Ibrahim. Segala maklumat-maklumat yang ada adalah maklumat yang diperoleh sepanjang sebelum Anwar dipecat, setelah dipecat, dipenjara, dibebaskan dan menjadi ketua Pakatan Rakyat coalition.
Diharap blog ini dapat membuka mata dan minda semua yang membacanya. Selalunya maklumat tentang Anwar Ibrahim ini berterabuq di mana2, dan kami mengumpulkan kesemuanya dan mendedahkan semula di sini untuk tatapan semua.
Insya Allah.

Update: saya mendapat berita bahawa ada orang yang terus menolak untuk membaca blog ini kerana merasakan tajuk, dan kandungan dalam table of contents di bawah ini bohong dan fitnah belaka.

Melihatkan tajuk dan kandungan contents di bawah nampak tidak relevan kan? Semacam fitnah.Sebab banyak sangat tuduhan yang tak mungkin lah seorang insan yang agamanya Islam sanggup untuk melakukan semua perkara di bawah. 


Saya ingin tegaskan bahawa perkara semua apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini tidak semestinya apa yang di dalam hatinya, mungkin dia sendiri tidak bersetuju, tapi beliau sudi untuk berkompromi walaupun perkara akidah, demi untuk mencapai matlamat politiknya. Inilah namanya politik,orang politik.



Dia mungkin tersepit dengan memerlukan undi semua pihak,undi orang-orang yang bahkan musuh negara/musuh islam, demi mencapai matlamat politik. Tapi adakah kita ini, rakyat Malaysia, adakah kita mahu ikut tersepit sama, ikut beliau walaupun benda yang dilakukan itu salah? 



Adakah demi emosi dan kebencian hebat kita terhadap kerajaan membuatkan kita bertindak mengatakan semua orang PR betul segala? Lantiklah pemimpin yang berwibawa,bersih dan islami tidak kira dari parti mana pun yang membawanya. Biarlah orang politik dengan frasa 'matlamat menghalalkan cara' mereka tapi kitalah yang menentukan sama ada layak atau tidak seorang pemimpin itu dipilih.



Hadith nabi Muhammad saw berbunyi bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin, dan kita akan ditanya tentang kepimpinan kita. Seorang Menteri akan ditanya akan tanggungjawabnya kepada rakyatnya hinggalah kepada seorang suami akan ditanya tentang kepimpinan dalam keluarganya. Maka kita rakyat juga akan ditanya akan kepimpinan kita, undi yang kita berikan dalam pilihanraya, siapa yang kita pilih menjadi wakil kita, kerajaan kita. 





Oleh itu kita mestilah mengkaji dan menganalisis siapa pemimpin yang bakal dipilih di kawasan masing-masing, bukannya mengundi secara semberono dan percaya hanya melalui kata-kata berapi ceramah politiknya, tetapi turut meneliti dakwaan yang dibuat termasuklah dakwaan saya yang di atas. Janganlah menolak terus tanpa membuka hati untuk membacanya.



Saya mohon agar antum baca dan buatlah penilaian anda. Juga selaras dengan ayat Al Quran agar kita menyelidiki berita-berita yang dibawa oleh orang yang fasik. Dan jangan terima bulat-bulat juga, terima lah dengan rasional dan buatlah penilaian anda sendiri, sama ada dia ni layak atau tidak untuk dipilih menjadi wakil rakyat anda.



Saya nak sebutkan juga apa saya buat hanyalah mengumpul dan membukukan kenyataan-kenyataan Anwar Ibrahim, ucapan-ucapannya bahkan fakta sejarah yang benar, dan bukan dakwaan semberono atau mainan kata-kata saya semata-mata . 


Cuba anda selak tengok, kalau rasa malas nak baca sebab banyak sangat penulisan, saya sarankan anda bukak link demi link dan tengok Video-video  atau gambar sahaja.


Sebagai permulaan saya letakkan video Sidek Baba, rakan baik Anwar Ibrahim selama 30 tahun, bekas tokoh besar akademik, bekas Setiausaha Agung ABIM, seorang yang non partisan, tiada kepentingan politik,kini meninggalkan beliau, atas alasan apa?


Saya harap anda lihat dahulu video di bawah.





Kami telah membuat kandungan blog sebab2 kenapa kami (saya) menentang Anwar Ibrahim supaya lebih jelas dan teratur dan mempunyai rangkaian, agar pembaca senang menyelak dan melihat dari 1 entri ke entri yang lain.

Mengapa Anwar Ibrahim mesti ditolak tanpa mengira parti mana pun, di Permatang Pauh kelak.
  1. Membenarkan kalimah Allah diserah pakai kepada Non Muslim dalam Bible Melayu
  2. Mendokong pluralisme agama
  3. Menerima liberalisme agama
  4. Menyokong homoseksual
  5. Membela penulis buku menghina Nabi Muhammad saw ‘The Satanic Verses’ Salman Rushdie
  6. Menyokong murtad.
  7. Menyokong negara haram Israel.
  8. Menjadi dalang insiden di Lahad Datu demi kepentingan politik.
  9. Merayakan pesta agama lain dan hipokrit dalam agama.
  10. Berterusan menipu dan mempermainkan rakyat.
  11. Kronisme dan rasuah.
  12. Benar ke Anwar Ibrahim homoseksual dan Biseksual?
  13. Mempermainkan PAS.
  14. Menjaja ekonomi zaman beliau Menteri Kewangan paling baik walaupun dibanjiri arak dan judi.
  15. Menuduh PM Najib Razak sebagai dalang komplot membunuh Altantuya Shaaribu.
  16. Menjadi hero dalam Tragedi Memali walaupun beliau antara dalang.
  17. Menghina dan memburukkan usahawan melayu islam Syed Mokhtar
  18. Menghina dan memburukkan usahawan melayu islam Mydin.
  19. Paling penting, Karpal Singh punya pengaruh terus (direct influence) terhadap Anwar Ibrahim
  20. Orang ini sekali diberikan kuasa xkan dapat balik dah, hancur kuasa orang islam.
  21. Partinya kaya melampau menjadi tanda tanya.
  22. Saman menyaman yang tidak konsisten menjadi tanda tanya.
  23. Ramai sudah meninggalkan beliau kerana kenal siapa beliau.
  24. Lebih baik Ustaz Hadi dari Anwar Ibrahim.
  25. Penerimaan Wikileaks oleh PKR yang tidak konsisten.

Lain-lain
  1. UMNO tolak pemerintahan islam tapi DAP dan PKR terima islam?
  2. Boleh ke parti majoriti Islam bergabung dengan bukan islam?Tahaluf Siyasi?
  3. Ekonomi dibawah PM Najib teruk?
  4. Patut ke Melayu dapat keistimewaan?
  5. UMNO parti rasuah?
  6. Transformasi PM Najib Razak?
  7. Pendidikan percuma?
  8. DAP nak kurangkan jumlah kakitangan kerajaan?
  9. Indeks kebahagiaan dunia.
  10. Jatuhkan konon BN yang zalim naikkan yang adil walaupun bukan Islam in control?
  11. Melayu masih ramai walaupun PR memerintah?
  12. Non Malays ni 2nd class citizen?

Tapi dalam blog ni saya menggunakan bahasa Kedah laitu bahasa saya supaya senang nak sampaikan maksud dan tidak skema dalam penyampaian.
Buka minda dan bersikap terbuka moga kita mendapat hidayah. Selamat membaca.






No comments:

Post a Comment